Berpaut pada dahan yang rapuh~

Standard

“Andai ku tahu dahan yang dengannya aku berpaut itu rapuh, tidakkan aku meletakkan harapanku pada dahan tersebut semata-mata kerana aku merasakan dahan itu mampu menahanku daripada jatuh dan terus tersungkur…”

Inilah luahan hati seorang wanita yang mengharapkan pembelaan dari insan bergelar lelaki…Namun sejauh manakah rintihan ini mampu didengar…dan akankah ia didengar…

Penciptaan pertama Adam dan Hawa adalah bagi melengkapkan fitrah insani, memberi gambaran bahawa besarnya impak perlengkapan dua gender yang berbeza ini…Hawa diciptakan dari rusuk Adam bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung tetapi dekat di hati untuk dikasihi dan dekat di bahu untuk dilindung…Butakah kita untuk tidak memahami simbolik di setiap aturan penciptaan ini?

Pepatah inggeris ada mengungkapkan; “Behind every successful man there’s a woman…”. Memberi gambaran betapa signifikannya peranan seorang wanita dalam menjadi driving force kepada seorang lelaki…Lihatlah signifikannya Khadijah di hati Rasulullah sehingga mendatangkan cemburu di hati Aishah…

“Dialah yang mengurniakan aku zuriat dari rahim yang suci, Dialah yang mula-mula melafazkan syahadah ketika yang lainnya ragu-ragu, dialah yang mendokong perjuanganku ketika yang lain memulauku, dialah isteri dan dialah pendamping yang setia…”.

Subhanallah hebatnya cinta khadijah di hati Rasulullah…Lihatlah tingginya penghargaan yang Rasulullah letakkan bagi diri insan yang bergelar seorang wanita, isteri dan ibu…

Masih adakah penghargaan sebegini buat diri seorang Hawa? Wahai Adam…Sejauh mana dirimu mampu menyandang tanggungjawab sebagai penguasa ke atas seorang wanita? Arrijalu qawwamu alannisaa-Lelaki itu penguasa ke atas wanita…Penguasa yang diharapkan memberikan pembelaan dan keadilan bukannya mengharapkan imbalan dan menambahkan kezaliman…Adakah kau ingin menzalimi golongan yang bakal meneruskan warisan ummul mu’minin dengan pertimbangan akal yang dangkal dan hawa nafsu yang menipu dan kerap tertewas?

Jagalah wanita yang bakal melahirkan generasimu dengan baik dan penuh tanggungjawab kerana kelak dari rahim sucinya jualah generasimu akan dilahirkan…Jagalah hak dan nilai dirinya…Hak untuk dirinya bukanlah hanya makan, pakai minum yang hanya terzahir dari sudut mata pancainderamu…Tafsirlah dengan mata hati dengan melihat aturan hikmah Illahi…

Kenapa Allah menggariskan adanya batas pergaulan di antara seorang lelaki dan wanita kerana Allah tahu musibah yang akan menimpa dek kerana mengendahkannya…Siapa kita untuk menyangkal tatkala Allah lebih mengetahui baik buruk, cacat cela makhluknya…Zalimkah Allah memberi peringatan tatkala hambanya terlupa? Hebatkah kita berbanding diriNya untuk menidakkan peringatanNya? Ya, kita sememangnya hebat jika kita mampu hidup tanpa meminjam udara daripada Allah kerana itu adalah mutlak milikNya…Persoalannya mampukah kita?

“Engkau mengatakan engkau membela wanita yang engkau cintai, tetapi engkau aibkan dirinya, engkau biarkan dirinya berselubung fitnah, engkau menidakkan haknya, engkau menurunkan maqamnya sebagai wanita mulia di sisi Allah…Engkau mengaibkan dirinya dengan mencemar kehormatannya, engkau biarkan dirinya berselubung fitnah tatkala engkau berdua dengannya sedangkan engkau tidak berhak ke atas dirinya, engkau menidakkan haknya sebagai seorang muslimah tatkala engkau menyarungkannya dengan pakaian jahiliyyah, engkau menurunkan maqamnya sebagai wanita mulia di sisiNya tatkala engkau mencuri masanya untuk berduaan dengan Allah… Tangan yang engkau tuntuni itu sebenarnya ingin menuntuni kami ke syurga atau neraka?”

Wahai Adam…

Allah itu Ar Rahmaan dan Dia jualah Ar Rahiim…Kasih sayang, cinta dan rasa ingin membela dan membimbing itu adalah ilham yang Allah titipkan kerana engkau adalah diri yang bergelar Adam…Sememangya kasih sayang , cinta, pembelaan dan bimbingan itulah yang kami perlukan tapi bukan dengan cara terhina…Mahar kami adalah lafaz akadmu yang sah…Tangan ini suci untuk kau tuntuni dalam mencapai redha Illahi hanya sesudah dirimu berhak ke atas diri ini…

Ambillah pengajaran dari kisah Nabi Musa A.S dengan dua orang puteri Syuib A.S, bagaimana sewaktu melintasi jalan, nabi Musa ke depan menundukkan pandangan dan meminta kedua-dua puteri Syuib mengekorinya dari belakang…Nabi Musa tidak mengambil kesempatan dengan mengayat dengan ayat-ayat power atau meminta imbalan dengan meminta diberikan no phone sebagai imbalan di atas servis yang diberikan. Nabi Musa hanya melafazkan bait-bait ayat ringkas “Kita sudah sampai”. Subhanallah, halus dan cantik bukan? Bukankah dengan cara ini kedua-dua puteri Syuib mendapat pertolongan dan pembelaan tanpa dirinya sedikitpun diaibkan dan tanpa sedikitpun meruahnya dijejaskan…

Kami tidak ingin berpaut pada dahan yang rapuh dan tidak ingin meletakkan harapan bahawa dahan yang rapuh itu akan menyelamatkan kami. Menyingkap kembali pesanan Syed Qutb kepada adik perempuannya yang hamil malahan ditahan dan diseksa di dalam penjara…

“Wahai adikku jika kita berpaut pada dahan, dahan itu akan rapuh dan akhirnya akan patah tetapi jika kita berpaut pada agama Allah, ia tidak akan rapuh dan ia tidak akan pernah patah…”

Memberi penjelasan bahawa pengharapan yang mutlak hanyalah pada Allah dan bukanlah pada dahan yang dianggap mampu menjadi pendokong…

Wahai Adam…

Jika kami ingin meletakkan pengharapan dan inginkan pertolongan, kami tidak memerlukan dirimu kerana pengharapan yang sebenar adalah dariNya dan pertolongan hakiki adalah jua dariNya,  tetapi hanya kerana ikatan denganmu dapat menyempurnakan separuh daripada keimanan kami, maka kami enggan ketinggalan dalam meraih ganjaran ini…Dari ikatan ini jualah akan lahir generasi pewaris kesinambungan ummat Islam yang diharap dapat menyambung syiar-syiar yang makin didagangkan…

Jika engkau adalah dahan yang dengannya kami berpaut, maka jadilah dahan yang kukuh, agar dengannya kami merasa aman, selamat dan tenteram…Agar dengan dahan itu, kami tahu bahawa masih ada tempat pergantungan dan dengannya dapat kami semadikan harapan yang lama terpateri di dalam sanubari agar redha Allah tergenggam disebabkan engkau Adam dan aku adalah Hawa dan marilah bersama kita mengulangi sejarah penciptaan Hawa di sisi Adam dan mnyingkap kembali makna di sebalik sejarah penciptaan ini agar kita tidak tertipu pada fahaman yang palsu dan doktrin yang dangkal dan jelek…

P/S: Saya benar2 terpanggil untuk menulis entri setelah saya melihat betapa ramai wanita di luar sana yang memerlukan pembelaan dan sokongan…Tetapi mereka hanya dijanjikan dengan bait2 janji manis yang menyebabkan mereka terperangkap antara setia atau mengalah…Besar harapan yang mereka harapkan dari insan bergelar lelaki…Coretan ini bukanlah yg terbaik ttp anggaplah ia sebagai renungan yang wajar kita fahami dan muhasabah kembali dan reflesi diri ke arah kebaikan…

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s