Institusi Keluarga Kini…AMPUH atau RAPUH???

Standard
Persoalan institusi keluarga tidak boleh dipandang remeh kerana di sinilah madrasah tarbiyyah awal anak-anak…Kerapuhan institusi ini akan menyebabkan anak-anak yang lahir akan kepincangan peribadi dan sakhsiah diri…Produk-produk yang dihasilkan daripada institusi ini perlu berkualiti kerana mereka adalah peneraju negara kelak…Tidak sepertimana institusi lain yg mengharapkan komisen dan imbalan…Institusi ini lebih autentik dan asli jika betul acuannya…

Seharusnya kita cuba mencari solusi utk mengembalikan kegemilangan institusi gemilang ini yang pernah menjadi tapak acuan generasi Islam terdahulu seperti para sahabat dan tabiin malah pejuang Islam terkemudian…Institusi gemilang ini jugalah yang berjaya melahirkan syuhada’ yang meletakkan akhirat di hati mereka dan dunia hanya di bawah tapak kaki mereka…Hebat bukan?

Di sini saya ingin mengetengahkan kepada pembaca akan beberapa statistik yang amat mengejutkan kita. Sebuah realiti yang menjadi ancaman besar kepada keutuhan sesebuah institusi keluarga…
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. 

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Pecahan mengikut negeri: 

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Sekarang kita beralih kepada statistik penceraian rumahtangga yang berlaku pada masa sekarang…

1. Perkahwinan dalam tempoh 5 tahun pertama
– 32.2 % berakhir dengan penceraian
2. Perkahwinan dalam tempoh 6 hingga 10 tahun pertama
-27.7% berakhir dengan penceraian

Jadi, 59.9 peratus perkahwinan akan berakhir dengan penceraian!! Ini merupakan satu data yang pasti membimbangkan ramai pasangan yang baru atau akan mendirikan rumah tangga. Satu kenyataan yang perit sekali apabila mengetahui lebih dari separuh perkahwinan akan berakhir dengan kerosakan rumah tangga dan bercerai!

Oleh itu…..

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SABAH berhasrat untuk menyediakan wadah bagi mengembalikan keampuhan institusi keluarga ini sejajar dengan hasrat untuk mengembalikan keampuhan institusi keluarga ini untuk mendepani permasalahan yang mampu menjerat generasi muda ke jurang kehinaan dengan menjadikan mereka generasi beriman, bertaqwa yang mampu menjadi sandaran harapan kepada kegemilangan ummah di suatu masa nanti, Insha Allah…

Memperkenalkan….

KARNIVAL KELUARGA SAKINAH 2011

Berikut disertakan bersama tentatif program-program yang akan diadakan sepanjang karnival ini berlansung

 

 

Sokongan semua amat diharapkan bagi menjayakan program ummah ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s