Maryam Jameelah

1934 Kota New York dikemuncak Zaman Kemelesetan Besar. Dia adalah generasi keempat bangsa Amerika berketurunan kacukan German-Yahudi .Beliau dibesarkan di Kota Westchester, sebuah kawasan di luar New York yang paling mewah edan padat penduduknya.Beliau telah mendapat pendidikan Amerika bercorak sekular sepenuhnya di sekolah awam setempat.Selalunya beliau merupakan seorang pelajar yang melampaui kecerdikan yang ebrij.Beliau kemudiannya menjadi seorang intelektual yang gigih serta ahli bilografi yang dan jarang kelihatan tanpa buku di sampingnya.Pembacaannya melangkaui keperluan-keperluan kurikulum sekolahnya.Ketika beliau memasuki zaman remaja , beliau seorang yang sangat serius berfikir , mencemuh cara berfikir yang sempit.Ini merupkan suatu perkara yang ganjil bagi seorang gadis yang muda lagi menarik sepertinya.Minatnya yang utama adalah bidang ugama, falsafah, sejarah, antropologi, sosiolagi dan biologi.Perpustakaan sekolah sekolah serta perpustakaan awam setempat dan kemudiannya Perpustakaan Awam New York telah menjadi rumahnya yang keduanya.

Selepas memperoleh kelulusannya dari sebuah sekolah menengah di musim panas tahun 1952, beliau telah memasuki Universiti New York di mana beliau mengikuti program kesenian umum.Semasa di university beliau telah diserang penyakit yang serius dalam tahun 1953. Penyakitnya itu telah menjadi bertambah berat hingga beliau terpaksa menghentikan pengajiannya dua tahun kemudiannya tanpa memperolehi  sebarang diploma.

Beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta. Hanya swasta dan awam seplama dua tahun, 1957-59. Hanya setelah beliau keluar dari hospital itulah baru beliau menyedari kebolehannya dalam bidang

penulisan. Terjemahan kitab Al-Quran oleh Marma-duke Picktthall dan dua buah buku karangan ulama Muhammad Asad, iaitu sebuah autobiographic berjudul, “ Jalan Ke Mekah” dan “Islam di persimpangan

Jalan” membuahkan minatnya terhadap ugama Islam  dan setelah berutus-utus surat dengan dengan beberapa orang tokoh Islam di Negara-negara Islam serta setelah membuat hubungan muhibbah

dengan beberapa orang saudara baru Islam di Kota New York, beliau telah memeluk ugama Islam di bangunan  Islamic Mission di Brooklyn,New  York. Ia disaksikan oleh Sheikh Daoud Ahamad Faisal yang kemudiannya telah menukar namanya  dari Margaret Marcus kepada Maryam Jameelah.

Semasa berutus-utus surat secara gigih dengan kaum Muslimin di seluruh dunia  dan membaca sambil menyumbangkan hasil karyanya kepada sebarang majalah Islam yang berbahasa Inggeris ,Maryam Jameelah pun telah diketemukan dengan tulisan-tulisan  Maulana Sayyid Abul Ala Maududi. Semenjak bulan November 1960, mereka pun mulalah berbalas-balas surat saban masa. Pada musim bunga 1962, Maulana Maududi telah menjemput Maryam Jameelah berhijrah ke Pakistan dan tinggal sebagai salah  seorang ahli keluarganya di  Bandar Lahore. Maryam Jameelah telah menerima jemputan itu dan pada tahun kemudiannya  dia berkahwin dengan Mohammad Yusof Khan, seorang pekerja sepenuh masa untuk Jama’at el-Islami yang kemudiannyan menjadi penerbit utama semua buku karangannya . Beliau kemudian menjadi ibu kepada empat orang anak, hidup bersama madunya serta anak-anaknya di sebuah rumah besar beserta ipar-iparnya. Suatu hal yang luar biasa bagi seorang wanita yang telah berumah tangga, dia terus menulis sebagai melanjutkan minat intelektualnya. Sesungguhnya karya-karyanya yang terpenting telah ditulisnya semasa atau di antara masa beliau mengandung. Beliau amat mematuhi pakaian purdah.

Kebenciannya terhadap fahaman tidak bertuhan  dan materialism dalam pelbagai bentuknya baik dahulu mahupun sekarang, adalah terlalu hebat. Dalam usaha penyelidikannya yang tidak mengenal penat dan lelah terhadap cita-cita yang luhur dan mutlak itu, beliau menyanjungi ugama Islam sebagai satu jawapan yang paling tepat dan wajar terhadap Kebenaran Mutlak yang merupakan satu-satunya sahaja yang dapat member erti, petunjuk, tujuan serta nilai kepada soal hidup dan mati.

p/s: Saya sgt mengagumi Maryam Jameela apabila membca kisah beliau sama ad dr media cetak mahupun elektronik..tp bila sy trjmpa sinopsis biodata beliau ini, prasaan ingin mengenalinya lebey dkt..Bygkan seorang wanita penuh dgn dy intelektualnya..mampu bergnding bahu brsama glongan Adam malah urusan rmh tngga lnsung tdk mnyekat idea2 brns bliau ntuk disalurkan ke dlm naskhah2 yg mnjd tatapan kbnyakn umat Islam di dunia…Smoga akn lahir lbey rmi srikandi sbegini di akhiruzaman ini

 

2 responses »

  1. Dia seorang syiah..impian mereka mahu jadi heron tercapai..dlm msa yg sm merka berusha menjatuhkan klompok sunni..hati2 jgn kita terpdaya dgn syiah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s