~Sehangat dakapan seorang ukhtie (saudara perempuanku)~

Standard

Aku pernah merasakan hangat dan manisnya dakapan dan ciuman seorang ibu tetapi baru sekarang aku sedar akan hangatnya dakapan seorang ukhtie. Seorang ukhtie memberitahu saya ” Kak Nisaa’, rindunya lama tak nampak akak” lantas mendakap tubuhku seeratnya bukan sekali tetapi dua. Hatiku sangat tersentuh. Hanya beberapa ketika dulu aku bersamanya tetapi begitu sekali dia menghargainya. Tiba-tiba fikiranku melayang terhadap adik-adik perempuanku; Khairun Najwa (19 tahun), di UiTM Shah Alam, Siti Khadijah (9 tahun) dan Siti Aisyah (3 tahun). Bagaimana keadaan mereka sekarang? Sedih? Gembira? Aku pun tak pasti..Baru tersedar sudah lama mereka tidak kudakap.

Buat ukhtie-ukhtieku, kalian lebih banyak masa bersamaku. Menangis bersama, ketawa bersama, mengharungi setiap cubaan dengan hati yang cekal dan tabah. Kalianlah tempat rujukan dan mengadu nasib. Semangat kalian adalah semangat diri ini. Melihat kalian bahagia adalah nikmat kemanisan yng tak ternilai dan takkan dapat dibeli dengan wang ringgit.

“Akak, bila nak balik rumah echah?” Tersenyum tatkala mengingat ayat yang keluar dari mulut adik kecilku, Aisyah. Dalam hatiku berbisik. “Entahlah echah, akak menurut je ape yang Allah tetapkan dalam hidup akak. If dah tertulis kena campak ke Antartika pun mungkin ada hikmahnya”.

 

Ukhtie, lihatlah betapa kalian dekat dan sangat rapat dengan diriku. Sehinggakan aku mampu menyentuh dan memegang tangan kalian berbanding adik-adik perempuanku sendiri. Aku melihat dengan mataku sendiri kalian ketawa dan menangis. Hilang semua keresahan dan kesedihan apabila bersama kalian. Benarlah antara halawatul iman (kemanisan iman) yang dirasai adalah mencintai seorang sahabat muslimnya semata-mata mengharap redha Allah. Kini nikmat itu aku rasai dan hargai.

Ukhtie, sebagaimana aku ingin diriku menjadi wanita mulia di sisi Nya, seperti itulah aku ingin melihat kalian turut memegang mahkota tersebut malah mungkin menyarungnya di tubuh kalian. Selalu aku melihat dan mendengar pesanan ikhwah kepada akhawat tetapi jarang untuk mendengar saranan seorang akhawat kepada akhawat yang lain melalui media cetak mahupun elektronik. Adakah kita seperti mengikut budaya barat? Sesuatu nasihat atau pandangan dikatakan lebih mudah diterima apabila wujud komunikasi antara seorang lelaki dan seorang perempuan kerana dipercayai wujudnya chemistry antara mereka. Wujud perbezaan cas seperti mana perbezaan cas positif dan negatif yang saling mendekati antara satu sama lain. Jadi nasihat dan pandangan itu lebih mudah terhadam. Ada juga yang mengatakan jika bersentuhan dengan gender yang berlainan turut dapat mengurangkan tekanan, jika mahram ya jika sebaliknya, kita sedia al-maklum…Mungkinkah kita sebenarnya dikaburi dengan pandangan ini, dan chemistry itu sendiri adalah panahan syaitan. Akhawatku sekalian..ringankanlah bibir kita untuk memuji akhawat yang lain daripada pujian itu datang dari mulut buaya yang menunggu masa untuk membaham mangsanya.

Kemanisan bersama sebegini mungkin akan semakin hilang bila kita sudah dimiliki dan dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab terhadap insan yang berhak ke atas diri kita. Selagi kita bebas (opss tetapi masih dalam aturan syariat) tanpa tanggungjawab sedemikian pegang erat-erat tangan ukhtie-ukhtie di sekeliling kita kerana kita sama-sama ingin mengejar redha Allah, sama-sama ingin mengejar cintaNya, dan sama-sama ingin menjadi serikandi syurga.

Jika diri ini mengharapkan  kebaikan di sisiNya, begitu juga buat ukhtie-ukhtieku. Jika diri ini mendoakan semoga dipertemukan dengan jodoh sebaiknya maka begitulah juga buat ukhtie-ukhtieku. Jika diri ini sangat ingin menjauhi azab neraka terhadap golongan wanita tercela(Nauzubillah)seperti yang dipertontonkan secara live di depan baginda Rasululullah sewaktu peristiwa isra’ mikraj, maka begitulah juga buat ukhtie-ukhtieku.

Berapapun standard tudung kita, bidang 45, 50 or 60 tiada masalah kerana diri ini sendiri telah mencuba dan memakai kesemua standard itu. Jika belum pernah atau bersedia memakai antara satu daripada standard2 ini, sama-sama kita berusaha ke arah itu kerana kita belum tentu hari ini, esok atau lusa kita masih diberi peluang untuk melihat dunia fana ini dan meminjam udara yang dipinjamkan Allah..Jika kita mengatakan kita cintakan Allah maka inilah manifestasinya sebagai simbolik pengabdian kepadaNya. Jika anda mampu untuk melakukan solat 5 waktu dengan berterusan, taat kepada ibubapa, bersifat ihsan sesama manusia dll, maka hanya dengan mematuhi syariat ini, maka maqam kita akan dipertingkatkan lagi sisiNya…Tidak teransangkah kita untuk menjadi muqarrabin~mereka yang dekat di sisi TuhanNya?

Kita diberi akal, diberi pancarindera, diberi hikmah dan kebijaksanaan untuk memahami falsafah atau ideologi yang rumit, mendalami fakta yang kompleks, mengetahui formula-formula hebat tetapi alangkah rugi jika kita tidak mampu menyingkap hikmah tersembunyi pada setiap syariat yang ditetapkan. Kita khairu ummah (ummat terbaik) di sisi Allah, sewajarnya aqal yang dipinjamkan adalah sebagai tool atau alat untuk kita mengenali Allah dan memahami setiap hikmah penciptaanNya. Semoga segala nikmat ini sempat kita gunakan sebelum ia ditarik tatkala Allah berfirman “Kun Fayakuun”, Aku kata jadi, maka jadilah!

Sem0ga kita sentiasa berusaha menjadi wanita mulia di sisiNya selaras dengan betapa tingginya darjat seorang wanita itu di sisi Islam…Amiin (^-^)

~So, hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you~

3 responses »

  1. Nisa.. Suka ..🙂.. insyaAllah.. doa secara konsisten agar piala hati ini dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang…

  2. Nisa.. Moga hati – hati kita akan sentiasa dimesrakan mengikut acuan cinta Illahi.. InshaAllah

  3. Assalamualaikum ya ukht.

    Ukhti ni kwn kepada kak farhana ye yg dulu di UMS, tp skrg di Tanta, Mesir…

    Bagus ruang penulisannya, ana suka…
    salam ukhuwwah fillah ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s