ØHidroponik (berasal daripada perkataan Yunani hydro = air dan ponos = perusahaan) iaitu perusahaah dengan air @ air yang bekerja

ØTakrif umum = penanaman x tanah yg hanya menggunakan medium lengai seperti sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, kelikir, habuk kayu, vermikulit, kapas, benang tekstil, perlit dll. Oleh kerana banyak cara hidroponik menggunakan medium tertentu tanpa menggunakan tanah, maka ia dinamakan “Kultur Tanpa Tanah” @ Soilless culture.

Ø:. kultur air adalah erti kata sebenar bg hidroponik Teknologi pertumbuhan tanaman menggunakan larutan nutrien (baja+air) tanpa mengunakan tanah.

ØPenanaman hidroponik terbahagi 2 iaitu:

1. Sistem penanaman tanpa agregat (sistem tertutup)

–  Spt: sist larutan dalam, sist larutan nipis (NFT) & aeroponik

2. Sistem penanaman beragregat (sistem terbuka)

–  Menggunakan medium pasif (tidak dapat membekalkan nurien pada tanaman) untuk sokongan bagi menggantian tanah.

ØSistem hidroponik yang menggunakan air dan nutrien lengkap yang dibekalkan secara tetap dalam takungan @ bekas dikenali sebagai sistem hidroponik pasif.

ØAir dan nutrien yang digerakkan @ dikitar semula dari tangki ke akar pokok dan mengalir semula ke tangki dikenali sebagai sistem hidroponik aktif. Tujuan: me kandungan oksigen terlarut dlm air & penggunaan lebihan nutrienyg tidak diambil oleh akar dikitar semula pd tanaman.

ØpH larutan yg sesuai untuk sayur-sayuran secara hidroponik ialah 5.5-6.5. dpt membekalkan semua unsur makro & mikro pd kadar yg betul mengikut keperluan tanaman.

Ø sistem hidroponik sesuai diusahakan di bawah struktur kalis hujan dan kalis serangga. Struktur kalis hujan dapat menghindarkan kecairan larutan nutrien. Struktur kalis serangg dapat mengawal serangan serangga perosak.

Ø sistem hidroponik memberikan kawalan sepenuhnya pada pembekalan baja berbanding sistem konvensional. berjaya mempercepatkan kematangan & meningkatkan pengeluaran hasil

1.BEKAS TAKUNGAN

ØUntuk menyimpan larutan dan mengisi sokongan

ØBerbagai saiz dan bentuk yg diperbuat daripada plastik dan kaca.

ØBoleh menggunakan agregat (benang tekstil, kapas, perlit,

vermikulit & sabut kelapa) atau tanpa agregat.

ØSesuai untuk sayuran daun yang cepat dituai.

ØKeburukan sistem ini ialah tanaman yang besar atau mengambil jumlah air yang banyak akan mengambil larutan nutrien dengan cepat daripada yang dapat dibekalkan oleh sumbu pada penanaman secara agregat.  Bagi penanaman tanpa agregat pula, air perlu ditambah @ penggunaan takungan yang besar @ menanam sayur yang cepat dituai.

1.SISTEM SUMBU

ØSistem pasif paling ringkas dlm penanaman hidroponik

ØLarutan nutrien sampai pada medium penanaman @ akar tanaman melalui sumb yang menyerap air dari takungan larutan nutrien

ØBoleh menggunakan agregat (benang tekstil, kapas, perlit, vermikulit & sabut kelapa) atau tanpa agregat.

ØSesuai untuk sayuran daun yang cepat dituai.

ØKeburukan sistem ini ialah tanaman yang besar atau mengambil jumlah air yang banyak akan mengambil larutan nutrien dengan cepat daripada yang dapat dibekalkan oleh sumbu pada penanaman secara agregat.  Bagi penanaman tanpa agregat pula, air perlu ditambah @ penggunaan takungan yang besar @ menanam sayur yang cepat dituai

2.SISTEM KULTUR AIR JENIS RAKIT (WATER CULTURE RAFT HYDROPONICS)

ØSistem aktif paling ringkas dlm penanaman hidroponik

ØPentas yg menyokong tanaman diperbuat daripada yang terapung di aas larutan baja

ØPam udara akuarium yg mengeluarka gelembung udara digunakan untuk membekalakan oksigen pada akar tanaman

ØTanaman yg cepat pertumbuhannya dan kandungan air tinggi seperti sawi dan salad sesuai menggunakan sistem ini.

ØSistem ini tidak sesuai untuk tanaman yg besar @ tanaman jangka panjang.


p/s:  di atas adlh antara kaedah2 hdroponik yg bley diamalkn..ianya mdh dn bley disesuaikn mngikut kreativiti anda…jd jadikn ia sbg antra aktviti pilihan yg dpt mencergaskn badan dan membuahkn hasil yg lumayan jika dirncng dgn baek…:)

Fertigasi modul lengkap pertanian moden

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

SANA sini orang memperkatakan tentang teknik penanaman moden menggunakan kaedah fertigasi yang semakin mendapat sambutan menggalakkan.

Kelihatan agak mudah, namun mengaplikasikan teknik penanaman tersebut tanpa mendapat bimbingan lengkap mengenainya mungkin akan memberi kesukaran kepada pengusahanya.

Justeru, bagi memberi peluang kepada individu mempelajari teknik tersebut dengan lebih terperinci, Utusan Malaysia dengan kerjasama Agrobank dan syarikat konsultan, Malayan Agro Consult Sdn. Bhd. (Mayconsult) telah menganjurkan Bengkel Usahawan Fertigasi Bersama MEGA pada 29 Mei lalu.

Seperti sebelum ini, penganjuran bengkel yang masuk kali ketujuh itu terus mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat.

Pengurus Pusat Latihan Agrobank, Abdul Shukor Abdul Jabbar berkata, kursus tersebut sememangnya popular di kalangan mereka yang berminat untuk memulakan projek fertigasi.

”Kursus ini popular kerana memberi fokus kepada penyampaian pengetahuan dan maklumat mengenai teknologi penanaman secara moden.

”Apa yang menarik, para peserta akan didedahkan dengan modul penanaman secara menyeluruh bermula dari peringkat penanaman sehinggalah dipasarkan,” katanya ketika merasmikan bengkel tersebut di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Selama tiga hari, para peserta akan mendapat bimbingan tanaman secara teknikal dan praktikal, didedahkan dengan perancangan perniagaan, motivasi, khidmat nasihat serta pemasaran.

Menurut Abdul Shukor lagi, pihaknya menerima permohonan di luar jangkaan menerusi medium pendaftaran yang disediakan iaitu dari laman web Utusan Malaysia dan melalui pihak Mayconsult sendiri.

Kesemua mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti golongan profesional, pelajar dan juga petani yang datang bukan sahaja dari Lembah Klang malah dari negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mayconsult, Zainal Abidin Yahya berkata, sambutan menggalakkan yang diterima itu adalah disebabkan orang ramai telah mula menyedari tentang kelebihan teknik tanaman fertigasi.

”Para petani sekarang mahu beralih dari teknik pertanian tradisional kepada fertigasi kerana risikonya dapat dikawal selain memberikan hasil yang tinggi.

”Walaupun peringkat awal projek ini melibatkan kos yang agak tinggi bagi menyiapkan segala infrastruktur, namun ia berbaloi kerana kelengkapan tersebut boleh bertahan untuk tempoh masa 10 hingga 15 tahun,” katanya.

Dari segi bantuan kewangan pula, pihak Agrobank turut menawarkan pinjaman modal galakan sebagai pembiayaan awal jika para peserta berminat memulakan projek berkenaan.

Bagi mendedahkan peserta dengan teknik penanaman dengan lebih terperinci, mereka juga akan di bawa melawat tapak tanaman fertigasi yang berjaya terletak Jalan Kebun, Klang.

”Selain cili, teknik tanaman ini sesuai digunakan untuk tanaman seperti tomato, rock melon dan terbaru adalah halia,” jelasnya.

Sejak kali pertama dianjurkan pada 23 Januari 2009, bengkel berkenaan telah berjaya melatih seramai lebih 210 orang peserta.

Daripada jumlah itu, lebih kurang 30 peratus daripada mereka telah pun memulakan projek tanaman secara komersial.

”Mereka yang telah memulakan projek akan dibantu dari semasa ke semasa di mana khidmat nasihat akan diberikan jika mereka menghadapi sebarang masalah,” katanya.

Sebagai inisiatif membentuk satu komuniti berkaitan bidang fertigasi, para peserta yang bengkel itu telah menubuhkan persatuan mereka sendiri yang diberi nama Persatuan Usahawan Fertigasi Malaysia (PUFM) bagi tujuan berkongsi maklumat dan kemudahan berkaitan projek masing-masing.

Menurut Pengerusinya, Misri Saliman, setakat ini, persatuan tersebut telah mempunyai lebih 90 orang ahli berdaftar yang terdiri daripada pengamal, pembekal dan usahawan fertigasi.

”Kita mahu jadikan persatuan ini sebagai pusat utama mendapatkan maklumat berkaitan fertigasi seperti bekalan baja, benih, peralatan, pemasaran dan sebagainya.

”Kita juga mempunyai saintis yang sentiasa menjalankan penyelidikan terbaru mengenai fertigasi di mana maklumat mengenainya akan di salurkan kepada ahli-ahli dalam usaha membantu mereka mengurangkan kos projek dan meningkatkan hasil,” katanya.

P/S: Artikel ini dipetik drp utusan…Kepada sesiapa yang belum mengetahui apakah itu Fertigasi, sayaakan cuba terangkan di sini.

Fertigasi diambil daripada perkataan inggeris Fertigation..Fertigation ini pulak diambil dari gabungan Fertigation (Ferti) dan Irrigation (gasi) iaitu pembajaan dan pengairan.

Kaedah ini meskipun memperuntukkan kos yang tinggi tapi keuntungannya agak berbaloi…Rata-rata kos pemasangan agak tinggi bley mncecah sehingg ribuan dan puluhan ribu depends on keluasan tanah jugak…Tapi maintenance dye ok…serangan perosak dan penyakit pn kurang…Baja dan air yang dibekalkan dikawal menerusi beberapa paip kecil…Paip2 ini disambung ke setiap tanaman…jadi xprlulah anda bersusah payah ntuk melakukan pembajaan dr satu pokok ke satu pokok yg laen…Hanya monitor je kot2 ad pape mslh pd tnman

Kaedah ini sememangnya mudah dan berkesan…Kepada sesipa yg brminat ntuk mengaplikasikan kaedah ini diharap dapat menimba pengetahuan dan kemahiran secukupnya sblum melaksanakannya…Dapatkan nasihat drp pakar spy anda bakal mndapat hasil yg kelas gitu…InsyaAllah…Usaha+Ikhlas+Tawakal, u gonna make it!

4 responses »

  1. Of course, what a great site and informative posts, I will add backlink – bookmark this site? Regards, Reader.

  2. tq…for ur guys comments…but i really apolozize for not updating dis page..later on i’ll try my best to update dis page…if u guys have any informative knwledge don’t hesitate to send me da infos~

Leave a comment