Amal Jariah RPH Ranau (Sebarkan)

Standard

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)



Sempena Ramadhan yang penuh barakah ini, kami mengajak muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian untuk bersama-sama beramal jariah membantu anak-anak yatim dan juga anak-anak yang kurang bernasib baik di negeri di bawah bayu, Sabah.
Rumah Putera Harapan (RPH) Ranaumenempatkan anak yatim/piatu dan juga anak-anak yang kurang bernasib baik dalam daerah Ranau, Sabah. Setakat hari ini, tedapat 30 orang anak-anak lelaki dijaga dan dibesarkan berlandaskan syariah Islam di RPH Ranau. Oleh kerana sumber kewangan yang terhad, sumbangan anda diperlukan bagi menjayakan kempen Ku Damba Kasihmu dan juga kempen Taja Buku Titipkan Ilmu.Kempen Ku Damba Kasihmu adalah untuk mendapatkan dana bagi membeli barangan berikut:

  • Baju raya (30 pasang)
  • Bantal (30 biji)
  • Kain sarong (30 helai)
  • Kerusi plastik (30 biji)
  • Tikar getah (segulung RM180+)
  • Juadah berbuka (menu istimewa sekali sekala dalam bulan Ramadhan)


Kempen Taja Buku Titipkan Ilmu pula adalah untuk menambah bahan bacaan ilmiah yang sesuai untuk remaja dan kanak-kanak di RPH. Buku terpakai atau pun buku baharu sangat-sangat diperlukan bagi mengisi masa lapang anak-anak RPH secara berfaedah.

Anda boleh menyalurkan bantuan kewangan kepada Rumah Putera Harapan (RPH) melalui

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Penama: Rumah Putera Harapan, ABIM Negeri Sabah
No Akaun: 10016010066811

Untuk maklumat lanjut, sila lawati blog RPH Ranau atau
hubungi Ustaz Sabri (Pengurus RPH Ranau) ditalian +60198993315 | +60198833197 | +6088876296

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s