Warkah CINTA buat FARHANA

Standard

Salam….warkah ini ditujukan khas buat ukhtieku, farhana…Semoga dirimu sentiasa di bawah pemeliharaan Yang maha Esa…Ku tahu diri ini tidak mampu mendampingimu tapi jauh di sudut hatiku aku mengharapkan Allah dapat menjaga dirimu bagi pihak dirku…Masih mengharapkan kita akan dipertemukan suatu hari kelak  insha Allah~

Saat membaca entry yg awak tujukan khas untuk saya..Saya tidak dapat menahan air mata ini dari jatuh…Betapa pantasnya waktu berlalu dan memudarkan memori2 kita bersama seperti debu2 halus ygditiup angin, hilang sehingga tiada tampak bekasnya…Sejujurnya saya sendiri cuba untuk memadamkan memori itu…Bukan kerana saya ingin hilangkan diri awak dari hidup saya tapi saya tidak mampu mengenang memori yang suatu ketika terlalu indah untuk dikenang..Ia akan menambahkan lagi sakit rindu saya buat awak…Sepanjang pemergian awak farhana, banyak perkara telah berubah termasuk diri ini…

Jika dulu kita mampu bergelak-tawa menghayati zaman ribena kita terhinjut2 di belakang bas…excited setiap kali pakcik bas melalui jalan berbonggol…Sewaktu fieldwork kita bertiga (farhana, nisaa’, arina) adalah yang paling bersemangat…Kita seakan2 seperti sherlock Holmes yang cuba merungkai satu2 permasalahan…Seolah2 setiap hari ada sahaja perkara pelik2 yg kita akan lakukan tetapi tetap kita bahagia menjadi diri kita…

Masih ingat time kita pergi fieldwork utk subjek TITAS ke Kota Belud? Cheang pun ikut sekali, pakcik Yus kita lantik jadi driver tak berbayar…Kita buli Cheang suruh dia pakai baju Melayu lengkap bersongkok bersampin…Kebetulan dia sedondon dengan awak…Seronok betul saya gelakkan awak berdua…Sewaktu adat meminang, Cheang betul2 berdiri depan wakil pihak lelaki seolah2 dia yg hendak bertunang…lucu betul…Ada lagi sewaktu kita singgah di rumah Busyrol, ad perkara yang saya tersilap cakap sampi korang gelak bagai nak rak…Pak Cik Yus cover2 dgn jaket dia lagi…Saya tercengang waktu tu fikir apala yang korang gelakkan…

Masih ingat saya selalu sebut “Farhana, kalau awak lelaki da lama saya pergi pinang awak sendiri”…Saya nak pinang awak pun jauh sangat kat negeri Pak Arab…Saya selalu tanya bila awak nak berhenti ketawa, mentang2 farhana maksudnya bahagia, awak bahagia je memanjang…Pernah saya cakap kat diri sendiri, kalau ada anak, xnak namakan farhana, farhan atau sewaktu dengannya takut virus happiness dia nanti tiada antivirus….Cheang selalu panggil kita bertiga geng2 makcik sengal…sebenarnya dia yang sengal kan?

Tu bila kita tak tentu hala tapi kita pun bersemangat untuk pergi mengajar kg Lokub…Pak cik dah xdapat jadi driver lagi so kita berempat; nisaa’, farhana, arina ngan afiq pergi dengan segala kudrat yang ada….Clutch kereta xbagus…berapa kali tersedut2…siap kita silap jalan lagi..Pengalaman 1st time bergerak sendiri ke Kg Lokub tanpa pak cik tapi Alhamdulillah kita berjaya juga kuatkan semangat utk ajar adik2 tu…Awak ingat tak, awak paling sayang Syai’in…Awak sampai mimpikan Syai’in kena pukul dengan afiq…Sampai minta saya bawa awak ke Kg Lokub utk tengokkan Syai’in disebabkan taksub dengan mimpi awak…Awak senyap2 bagi duit tambahan kat syai’in sewaktu bahagikan duit raya sebab sedih dengan kisah Syai’in…Awak pernah cakap kita kena usaha untuk berikan adik2 ni pendidikan terbaik untuk mereka…Siap nak bina sekolah lagi…betapa jauhnya visi kita sewaktu itu…

Macam mana pun saya nak ucap terima kasih dekat awak juga…disebabkan selalu disuruh menjadi driver, saya dapat mahirkan diri bawa kereta atas jalan raya…dari KK sehinggalah ke tempat lain…Ada satu kali kita nak ziarah  seorang ukhtie di Hosp Papar…Saya tanya Papar jauh ke x, awak bagi tahu dekat je..Kita semua, seingat saya dengan Nadrah sekali bertolak…Sewaktu tu, dah dekat maghrib jadi jalan gelap sangat tiada lampu jalan, hujan pula lebat dan tayar kereta Kak Lin (Zahid) botak…tetapi Alhamdulillah Allah pelihara perjalanan kita…1 km nak sampai Papar kita dapat tahu sahabat tu dah dipindahkan ke Hosp Queen, on the spot juga kita bepatah balik ke KK…Kuatnya kekuatan Allah bagi sewaktu tu…

Ada suatu lagi yang saya tak lupa…Ada satu ketika saya nak pergi usrah di rumah putih, tetapi saya tiada kawan mahu pergi ke sana…Waktu tu saya jalan sambil kepala menunduk dah…Sebab frust tiada sesiapa mahu temankan saya…Tym tu nampak awak duduk dekat anjung perdana, awak tegur kenapa nampak monyok jer…Kemudian awak offer utk ikut sekali…Tym tu awak berselipar tandas made in Jepun, awak sanggup berselipar utk temankan saya…Terharunyaaa…Bila di rumah putih mulalah tersipu2 sudah mahu sorok kat mana selipar tuu…

Kita siap join English Debate lagi…kita berdua jer junior muslim tym tu…Selang satu malam kita pergi latihan debat sebagai persediaan sebelum NC cup…Semangat betul tym tu…Awak selalu cakap saya suka talk craps, tapi apa yang saya cakap tu bley dipakai sebagai point2 di dalam debate…Kita diberi macam2 motion…Ada siap kena pertahankan gay marriage dan saya jadi govermentnya…Perkara2 tu yang buat kita was2 sama ada nak teruskan lagi atau x English debate,siap jumpa Ust Israq untuk tanyakan perkara ni…

Al-Syahid Muhannad? Sampai sekarang kan kita masih bersaing siapa dapat jadi bidadarinya di syurga…Saya rindu taman2 ilmu yg kita kongsi bersama…Setiap hari ada tazkirah atau masalah ummat yg akan kita bincangkan…Kita cuba memikirkan punca dan mencari  penyelesaian…Seolah2 setiap hari ada sahaja masalah ummat yg perlu difikirkan…Mungkin Allah dah satukan hati dan minda kita berdua sehinggakan setiap perkara kita kongsi bersam dan tiada rahsia antara kita berdua…

Itu semua kisah dulu, sekarang saya dah jadi seorang yg membosankan dan lebih serius…nak gelak ketawa, mengilai2 tiadalah tetapi semakin cuba berdiri di kaki sendiri…Semakin belajar utk jadi semakin kuat dan tabah hari2…Saya selalu fikirkan kalau saya sedih, saya rasa lemah dan mengalah, macam mana dgn awak farhana? Awak jauh kat sana…Sekurang2nya saya masih di tanah air sendiri…Semoga awak sentiasa kuat sebab farhana yang saya kenal adalah seseorang yg pernah menganggap dirinya Superman yg cuba terjun dari bangunan…feear factor betul…

Selepas awak pergi, ramai ukhtie2 lain yg Allah temukan dalam hidup saya…Mereka semua hebat2…Tapi setiap dari mereka tidak pernah kekal lama..Terpisah disebabkan urusan dan tanggungjawab masing2…Allah temukan satu persatu supaya saya dapat belajar sesuatu dari mereka dan  biarpun singkat tetapi setiap dari mereka memberikan kenangan dan iktibar yg berguna utk kehidupan saya…Seketika Allah memberikan perasaan kehilangan, kemudian Allah gantikannya dengan sahabat yg lainnya…Tetapi rindu utk awak masih terpahat jauh dalam sebuah kotak khas disudut hati saya…

Saya cintakan awak Farhana…Mungkin cinta kita bukanlah cinta seorang Teruna kepada Si Dara, bukan cinta Si Romeo kepada Juliet atau seperti Cinta Kassim Selamat kepada Sabariah, bukan juga seperti Cinta Fahri kepad Aisyah mahupun Maria ..Tetapi cinta kita adalah ikhlas keranaNya..tiada imbalan yg diharapkan di atas jalinan ini…Antara Halawatul Iman yg dapat dirasai adalah mencintai seorang sahabat semuslimnya kerana Allah Taala…dan terima kasih kerana melengkapi halawatul iman di hati gersang saya…Sem0ga kita kan dipertemukan insha Allah, jikatidak di pertemuan di sini mungkin di sana yg lebih abadi…

Semoga kita dapat sentiasa menjadi anak2 dunia yg melihat dunia melalui jendela akhiratnya~Kata2 yg awak bagi tahu yg sentiasa di benak fikiran saya…Terima Kasih, farhana =)

Sahabatmu

Khanise_Annisaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s