~Coretan Buat Setiap Diri Remaja Muslim~

Standard

Assalamualaikum buat setiap diri teman remaja semuslim…selawat dan salam buat Rasul junjungan SAW yang tidak pernah off-duty dalam  menegakkan syiar Islam, yang menghabiskan sisa hidup dan waktu baginda demi agama dan ummatnya, yang tabah menahan segala perit jerih bagi memastikan agama Islam akan sampai kepada kita hari ini, tidak dilupa dipanjatkan doa kepada Illahi agar diampuni dosa-dosa kaum keluarga, sahabat2 baginda dan para mursalin yang tidak pernah jemu untuk menyampaikan risalah kebenaran ini…

Pertama-tamanya ingin saya menyeru kepada diri sendiri dan teman sekalian bagi menganalisa diri kita kembali…adakah kita benar-benar seorang REMAJA MUSLIM? jika anda begitu mudah mengatakan “Ya, saya seorang remaja muslim”, pastikan anda menyatakannya setelah usai membuat penilaian 360 darjah di dalam diri anda…

Soalan pertama; Apakah anda telah beriman kepada kesemua rukun iman dan rukun Islam dengan keimanan yang jelas dan sahih?

Soalan kedua; Apakah Islam telah menjadi kompas tunggal sebagai panduan di dalam setiap rencana kehidupan anda?

Soalan ketiga; Sudahkan anda melaksanakan suruhan Yang Esa dengan hati yang ikhlas serta meninggalkan larangannya dengan hati yang akur?

Soalan keempat: Sebagai remaja Muslim, apakah anda memiliki cita2 untuk mengembalikan kegemilangan ummat Islam di mana anda adalah antara penggeraknya?

Soalan kelima; Adakah Alquran telah menjadi diari hidup anda, dan ulama’ menjadi pendamping setia anda?

Soalan2 yang dikemukakan hanyalah persoalan asas…masih banyak lagi persoalan2 yang tidak dapat dihighlightkan di sini…

Di dalam meletakkan diri kita pada posisi seorang remaja muslim, kita perlu jelas dengan karakter yang perlu dibawa supaya kelak masyarakat dapat membezakan perbezaan antara diri  seorang remaja muslim dengan diri seorang remaja bukan muslim. Tidak boleh timbul kecelaruan identiti di mana pada satu keadaan dia dilabel sebagai seorang remaja muslim di suatu keadaan lagi dia tiada bezanya dengan diri remaja bukan muslim…

Awal penilaian adalah pada bahagian luaran meskipun luaran belum tentu memberikan gambaran sebenar isi kandungan sesuatu perkara tetapi tetap ia akan menjadi perkara pertama yang akan diadili oleh pancaindera kita…Perbezaan ketara yang tampak jelas bagi membezakan diri seorang remaja muslim dan sebaliknya adalah dari aspek pemakaian. Saya tidak ingin menyentuh dari sudut trend kerana ia sentiasa berubah-ubah (dinamik), saya ingin menyentuh dari sudut fundamentalnya  iaitu kod etika pemakaian seorang muslim. Antaranya menutup aurat, keduanya tidak meniru fesyen jahiliyyah  dan seterusnya pakaian itu seharusnya dapat membezakan dua jantina yang berbeza sama ada muslim atau muslimah. Ketiga-tiga ini adalah kod asas bagi outfit seorang remaja muslim, jika ketiga-tiganya masih belum dapat kita penuhi, jadi tidak mustahil jika golongan bukan muslim menganggap tiada beza pemakaian kita dengan yang bukan beragama Islam…

Analogy yang simple…Anda melihat seorang pemuda di jalanan, memakai T-shirt tertulis “I can’t live without R0ckSS” beserta seluar jeans koyak di merata tempat, memakai rantai kunci motor sebesar buah penumbuk di leher, bertindik di telinga, hidung dan pusat dan mengatakan “I’m a MUSLIM man!”…

” Dou you think people would recognize him as a MUSLIM”, Won’t u think they’ll still have d0ubt in mind whether he’s a TRUE MUSLIM or a PSEUDO (False)-MUSLIM…That’s how big the influence of attire in people’s first impression. Again, saya tidak menyentuh soal trend tp i choose the basic…make sure our attire menutup aurat, tidak menurut acuan jahiliyyah and  enable u to be descriminated either u re a boy or a girl…juz follow this 3 things, then people will go to you and say ” Excuse me sir, re u a MUSLIM? Only then u’ll proudly answer “Yes, I am a MUSLIM”

Terdapat dua komponen di dalam diri kita iaitu luaran-External dan dalam-Internal…Luaran lebih merujuk kepada persekitan manakala dalaman adalah core bagi setiap individu… Persekitaran dan Individu hanya boleh dihubungkait melalui interaksi dan interaksi diperoleh melalui pergaulan. Pergaulan meampu mendekatkan individu kepada persekitaran dan persekitaran kepada individu.. Dalam Islam, remaja muslim boleh bergaul? Of course, why not? Tetapi bagaimana pula kod etika di dalam pergaulan remaja MUSLIM? Di sini saya cuba gariskan beberapa kod yang wajib dipatuhi… pertama; tidak boleh bergaul dengan bukan mahram tanpa tujuan yang betul…Antara tujuan pergaulan yang dibenarkan adalah bagi tujuan bermuzakarah, bagi mendapatkan rawatan, bagi menyampaikan ilmu…Malah Islam lebih cantik menjaga pergaulan ini dengan mensyaratkan seorang remaja MUSLIMAH perlu bersama mahramnya jika ingin bertemu dengan lelaki bukan mahram kerana dikhuatiri akan terjadinya bahana fitnah. Malah lokasi pertemuan adalah di tempat awam, lagi terang benderang bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat sekeliling tetapi sekali lagi diingatkan, bagi TUJUAN yang BETUL..

Jika ada yang mempersoalkan “kenapa ada banyak sangat rules”…”jumpa jer pun bukan buat apa2″ then you seriously need to know why certain rules re made…every RULE comes with a PURPOSE~Saya bagi analogy lagi…pernah lalu di highway? pernah lihat signboard2 amaran seperti…”AWAS Kawasan Kemalangan 500M di Hadapan, Perlahankan Kenderaan Anda. Gunakan Gear Rendah” “AWAS Zon Perangkap Halaju di Hadapan” Soalan yang anda perlu jawab adalah siapa yang pandai2 buat signboard2 macamtu? and kenapa dia tulis macam tu? berdasarkan apa ditulis sebegitu?

Orang yang membuat rule tu mestilah yang arif tentang perkara itu dan yang telah menyelidik dari setiap aspek sebelum seuatu rule dibuat dan dipacak pada signboard…Bukan senang2 macam tu sahaja, harga satu signboard pun dah berapa rite? Kalau anda perasan setiap amaran pasti didatangkan dengan saranan…Contoh Awas, Kawasan kemalangan…saranannnya pula ialah perlahankan kenderaan dan gunakan gear rendah…Signboard amaran biasanya diletakkan pada sesuatu jarak yang selamat sebelum berada pada lokasi yang dimaksudkan. Bagaimana jika sign board “Awas. Zon Perangkap Halaju Sekarang” mesti sah2 ramai yang akan brek mengejut yang amat atau lansung tidak sempat berbuat apa2…

~Jadi, begitulah Allah sebagai Malik (Penguasa) Dia yang Maha membuat aturan…Dia Maha  Arif berkenaan setiap peraturan yang ditetapkan bagi setiap manusia…Allah bersifat Ar-Rahman, Ar-Rahim…jadi mustahil aturan2 tersebut ditetapkan bagi membebankan atau bertujuan memberi kesulitan kepada manusia…Dengan kedua2 sifat ini jugalah Allah memberi saranan kepada kita bagaimana untuk mengelakkan diri daripada sesuatu bahana…Allah perintahkan hambanya menundukkan pandangan, menjaga kemaluan…malah menutup aurat adalah bagi mengelakkan sebarang kemudharatan buat diri kita…Lihatlah pengasihnya Dia terhadap diri kita namun akal yang cetek didorong nafsu yang rakus yang sering meletakkan manusia di dalam kemudharatan dan kesesatan, Nauzubillah~

Rasulullah pernah berkata kepada sahabat ” Aku cuba menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam kemudharatan tetapi mereka seperti belalang ini yang ingin melompat ke dalam bara api meskipun aku cuba menarik mereka keluar tetapi tetap mereka memilih untuk terbakar, sungguh menghairankan” Jadi, seharusnya kita mengelakkan diri kita daripada perkara yang mengundang kemudharatan bukannya lagi mendekatkan diri kita dengan perkara tersebut…Lihatlah Jika pergaulan bagi tujuan kebaikan pun aturannya telah sebanyak ini apatah lagi jika bertemu bagi tujuan berdating, malah berdua-duaan…Ini tidak perlu saya huraikan kerana daripada perbincangan tadi anda seharusnya sudah mengerti…

Pergaulan dan perkenalanlah yang bakal menyatukan dua pemilik hati , yang bakal melahirkan sebuah institusi yang menjadi asas kepada pembinaan generasi, daripada dua unit individu kepada sebuah institusi keluarga…Namun, perkenalan dan pergaulan bagaimana yang terbaik bagi seorang remaja MUSLIM? mestilah yang dipandu syariat… Jika berkenan, teruskan dengan merisik, jika kedua-dua pihak bersetuju maka ikatan pertunangan boleh dilaksanakan tetapi AWAS…ikatan pertunangan ibarat tali halus yang disimpul longgar, bila2 boleh terlerai dan bila2 boleh terputus…jadi, jika sudah dipandu dengan memohon petunjuk dan kepastian daripada Allah maka teruskanlah dengan membina mahligai indah yang keindahannya hanya akan dirasai bagi mereka yang ikhlas dalam mendirikannya…Jika belum memiliki calon, panjatkanlah doa kepadaNya dengan memohon agar dihadirkan dia yang menjadi pilihanNya…

Berlapanglah dada jika dia adalah pilihan Allah meskipun bukan pilihan kita kerana belum tentu perkara yang kita suka adalah baik pada pandangan Allah SWT…Malah Allah lebih mengetahui keadaan dirinya dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang…Jika kita mendesak Allah supaya memberikan jodoh mengikut kemahuan dan pilihan kita, seharusnya memohon petunjuk daripada Allah supaya pilihan kita adalah tepat…Ini kerana Allah pasti mengabulkan doa mereka yang berterusan memohon kepadaNya tetapi kerana kekurangan daya upaya kita untuk mengetahui apa yang akan berlaku dalam 10 tahun akan datang, maka sewajarnya sandaran dan tawakal di serahkan hanya kepadaNya…

Bergelar remaja MUSLIM bukanlah satu title yang boleh dipandang remeh…Ia lebih kepada satu amanah atau tanggungjawab di mana amanah/ tanggungjawab ini mesti digalas sebaiknya kerana kita bakal dipersoalkan kelak. Anda bertanggungjawab terhadap kegemilangan ummat…Ummat menjadi gemilang pabila generasi yang mendokongnya adalah generasi yang hebat seperti generasi Salahudin Ayubi dan generasi Sultan Muhammad Al-Fatih. Adakah kita sebahagian daripada mereka? Mereka adalah antara produk2 yang dibentuk daripada acuan Al-quran…Cuba renung2 ke dalam diri kita…Produk daripada acuan manakah kita dibentuk? Hedonisme? Westernization? Liberalism? Maka diri kita bukanlah sehebat generasi terdahulu…jadi di manakah dapat disandarkan harapan ummat ketika keadaan ummat kian meruncing dan hero2 MUSLIM amat diharapkan bangkit mempertahan maruah Islam yang kian diinjak-injak dan dilapah-lapah…Adakah anda hanya membutakan hati, menulikan pendengaran dan memekakkan diri tatkala melihat ummat Islam ditindas?

Tidak mahukah kita menjadi sebahagian daripada generasi hebat terdahulu…Kita bentuk kembali generasi sebegini di akhir zaman ini dalam mendepani kemaslahatan ummat yang kian gawat…Ingatkah kisah seekor burung yang menggunakan paruhnya yang kecil, mengangkut air bagi memadamkan api yang marak yang ingin menyambar tubuh nabi Ibrahim…“Ya Tuhan, aku sedar paruhku hanya kecil, tetapi semoga usaha sekecil ini mampu menolong untuk memadamkan api yang marak itu meskipun tidak banyak”…Lihatlah bagaimana si burung ini memainkan peranannya…kelemahan fizikal tidak menjadi halangan bagi dirinya untuk menyumbangkan sesuatu meskipun usahanya dilihat hampir sia-sia…Namun siapakah lebih baik? Orang yang bersungguh2 untuk membuat kebaikan atau orang yang hanya beromong kosong tanpa menunjukkan sebarang kesungguhan di dalam melaksanakan sesuatu kebaikan…

Semak kembali kod etika dalam pemakaian dan pergaulan kita sebagai Remaja MUSLIM…Anda mampu menjadi generasi hebat seperti sebelumnya jika dipandu dengan iman dan iltizam yang kuat..dan anda berperanan terhadap kesinambungan generasi seterusnya…daripada satu unit diri anda MUSLIM yang hebat, akan terbentuklah sebuah institusi keluarga MUSLIM yang hebat, tercerminlah sebuah komuniti masayarakat MUSLIM yang hebat, maka akan lahirlah sebuah daulah (negara) MUSLIM yang hebat…

Ingatlah bahawa Allah akan menggantikan suatu generasi yang tidak beriman dengan suatu generasi yang lebih baik, lebih beriman daripada kita…Jika Allah takdirkan generasi kita yang dilenyapkan inginkah kita menjadikan diri kita diselar generasi yang tercela, mengundang kemurkaanNya, generasi yang lalai, bebal dan dibutakan mata hatinya…Maka kita akan menjadi lipatan sejarah yang berulang seperti kisah yang terpahat di dalam Alquran, kisah Kaum Nuh, Kaum Thamud, Kaum Aad yang menerima azab daripada Allah SWT asbab keengganan mereka untuk menerima seruan kebenaran maka mereka menjadi kaum yang tercela…

Saya menyeru kepada diri saya yang tidak malu menggelarkan dirinya seorang remaja MUSLIM kerana dikhuatiri tidak memenuhi standard dan kualiti remaja MUSLIM sejati…Tetapi kita tiada pilihan…Jika kita tidak memilih untuk menjadi remaja MUSLIM, jadi kategori  remaja manakah kita akan dilabel…Marilah bersama kita perhalusi diri kita agar menjadi remaja MUSLIM hebat supaya kita tidak akan tunduk menahan malu di depan Rasulullah dan generasi hebat yang dilahirkan baginda kelak sewaktu dihadapkan dengan mereka…

Rasulullah dan para sahabat bermati-matian mempertahankan maruah dan risalah Islam supaya sampai ke tangan kita pada hari ini, namun hari ini kita sendiri yang menyapu arang pada risalah ini…Risalah agung yang telah mengorbankan ramai mujahid yang gugur syahid, yang telah menyaksikan betapa ramainya mereka yang disiksa dan diazab bagi mempertahankan risalah ini…disula, ditindih batu besar di bawah terik matahari, di campak ke dalam air yang menggelegak, diratah jantungnya, dibelah dua badannya dari kepala sehingga ke kaki, ditekap dengan besi panas di badan mereka…Mampukah kita berhadapan dengan mereka dan mencipta alasan setelah dipersoalkan mengapakah kalian tidak memelihara kesucian risalah ini dan mengapakah kalian meletakkan diri kalian di dalam kesesatan meskipun dibekalkan Rasulullah dengan Alquran dan AsSunnah di mana dengan keduanya kalian tidak akan sesat…Mampukah kita menjawabnya???

Oleh itu bersamalah kita mengorak langkah, siap siaga menjadi generasi MUSLIM hebat didasari iman dan disuburi taqwa…Kitalah pewaris generasi Salahudin Ayubi, generasi Khalid Al-Walid, generasi Al-Fatih…

Join this mission and u’ll become the hope for the ummah, who else can be relied by the ummah if not us to bring Islam back not only on the map but also bringing Islam back in every single muslim individual…Of course the hope can’t be relied on kuffars, so we should raise high our hand to take the action…Would you mind to raise up ur hand for this???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s