Katak yang menjauhi tempurung

Standard

Assalamualaikum wbt;

Tajuk entry kali ini adalah ” Katak yang menjauhi tempurung”. Bagi entry ini,  sekali lagi saya cuba bawakan katak sebagai peneraju utama (main actor) bagi membawa kita kepada sebuah perbincangan yang insha Allah memerlukan kita untuk menganalisa, mengkoreksi serta merenung kembali ke dalam diri kita khususnya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

Kerapkali kita sering terdengar pepatah Melayu ada menyebut “seperti katak di bawah tempurung” yang merujuk kepada individu yang jumud atau kolot. Tidak synchronize dengan keadaan semasa atau not up-to-date. Rata-rata individu sebegini tidak mengendahkan segala perihal yang berlegar di persekitarannya. Merasa cukup atau hanya disibukkan dengan urusan dirinya sahaja.

So, soalan pertama yang ingin saya utarakan di sini adalah adakah anda katak di bawah tempurung?

Ya?

Tidak?

Rasanya jawapannya lebih diketahui oleh setiap individu itu sendiri. Saya ingin membawa kita semua untuk mengenali lebih dekat si katak bawah tempurung ini.  Katak ini diberi keistimewaan oleh Allah SWT untuk melompat tetapi ia terperangkap di bawah tempurung yang menjadi halangan terbesar baginya untuk menggunakan keistimewaan yang ada pada dirinya. Malah ia menjadi seorang yang begitu jahil atau istilah kasarnya bebal, tidak mengetahui apa yang berlaku di luar tempurung. Seandainya di luar tempurung itu adalah siang, ia tetap mengandaikan bahawa ia adalah malam. Jika siang selama 12 jam, bagi si katak malang ini, 24 jamnya adalah malam.

Kasihan bukan?

Jika anda berfikir anda sudah memiliki ijazah mahupun phD, maka anda telah lari daripada situasi ini, itu sebenarnya adalah andaian yang meleset. Rata-rata daripada kita setinggi mana ilmunya sehebat mana posisinya masih dibelenggu oleh suatu bentuk sekatan yang terus melingkari kehidupan mereka sehari-hari. Ia adalah belenggu acuan jahiliyyah yang menjerat mereka menjadi seseorang yang hanya mampu memikirkan perihal dirinya semata-mata tanpa ia memandang jauh ke hadapan ke arah matlamat yang lebih jauh dan lebih jelas.

Hari-hari diisi dengan hanya memikirkan perkara-perkara hafawat. Perkara-perkara hafawat adalah perkara yang simple dan remeh yang hanya melibatkan rutin semasa yang sedikit pun tidak mentaqarrubkan (mendekatkan) hati kita untuk lebih menambahkan keimanan kita kepada Allah SWT.  Persoalan-persoalan remeh ini adalah seperti…

“Apa baju yang saya nak pakai hari ni?”

Channel mana yang saya nak tonton hari ni”

Tidak dinafikan sememangnya perkara2 hafawat ini seolah-olah sudah sebati dengan diri kita termasuklah diri saya tetapi kita perlu mengimbanginya supaya kita menjadi seseorang yang memiliki visi dan misi yang besar di dalam kehidupan ini. Sebagai permulaan mungkin kita perlu luaskan lingkungan urusan kita dari hanya bersifat peribadi mula memikirkan tentang individu-individu di sekeliling kita, mungkin ibubapa atau rakan2 seperti apa manfaat yang kita boleh berikan kepada mereka? Kemudian barulah kita memikirkan apa sumbangan yang boleh kita infaqkan, tidak kisah berbentuk wang ringgit, tenaga mahupun sokongan moral. Teringat sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain

Ini jugalah antara perkara yang menjadi prinsip di dalam kehidupan saya sendiri. Mulalah untuk memikirkan perkara-perkara yang besar kerana seorang yang bijak dan hebat itu dinilai berdasarkan sejauh mana ia mampu menyelesaikan perkara-perkara besar dan persoalan-persoalan yang rumit.

Jadi, di manakah kita?

Setiap dari kita berperanan untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang khalifah yang memakmurkan bumi Allah dan kita tidak akan boleh lari dari taklifan (tanggungjawab) ini kerana tertulis perjanjian hitam putih yang telah termeterai antara kita dengan Pencipta sejak di alam ruh lagi. Tempurung yang kita ingin keluar hanyalah dari urusan diri sendiri, sedangkan di luar masih banyak urusan yang belum usai…

Perjuangan saudara2 kita di Palestine…Masalah ummat Islam yang terus-terusan ditindas..Ke mana perginya pewaris-pewaris Anbiyaa, Khilafah Islamiyyah? Ke mana hilangnya pewaris-pewaris para cendikiawan ulung Islam? Apakah bentuk-bentuk cabaran ummat Islam hari ini?

Banyak bukan? Ini hanyalah sebahagiannya…

Destinasi masih jauh tetapi jalan-jalannya penuh liku-liku onak dan duri. Semoga Allah menetapkan hati-hati kita supaya kita bukanlah mereka-mereka yang Allah selar sebagai mereka-mereka yang ketinggalan. Kita tidk boleh ketinggalan kerana perjalanan masih jauh dan begitu banyak bekal perlu dibawa…

So, bersama kita menjadi seperti si katak cerdik yang sudah pandai menjauhi tempurungnya =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s