Islam beri kebebasan wanita cipta peradaban

Standard

Turut jadi tonggak kemajuan negara dalam segala bidang termasuk di medan perang

Oleh Wan Abd Rahim Wan Mohamad (Berita Harian/ 15 Disember 2008)

MENDIRIKAN sebuah rumah, tidak mungkin mampu jika tidak ada tiangnya. Begitu juga untuk menegakkan agama, tidak mungkin terpacak jika tidak ada tiangnya. Demikian untuk membangunkan sesebuah negara mesti bermula dengan menyediakan tiangnya. Tiang bagi negara ialah wanita. Sesuai seperti yang dikatakan oleh pepatah, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tegaknya rumah kerana ada tiangnya. Kuat agama kerana ada solatnya. Kukuh negara pada wanitanya. Oleh itu, negara perlukan sebuah tiang yang baik dan kuat. Cendekiawan ada berkata, tiang negara yang baik ialah terasnya iman, kayunya lslam. Tiang yang buruk terasnya nafsu, kayunya syaitan.

Islam melihat pentingnya fungsi wanita dalam pembangunan sesebuah negara. Ini jelas dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wanita itu tiang negara. Rosak wanita rosaklah negara.”

Wanita yang kental jiwa bukan saja dapat menyelamatkan dirinya tetapi juga bangsa dan negara. Pujangga tersohor, Muhammad Iqbal pernah berkata:

“Wahai dikau kelumbungnya menjadi hijab yang memelihara kehormatan kami, suatu rahmat bagi kami, kekuatan agama kami, asas umat kami. Bibir putera kami meneguk susu di dadamu sejak mulanya belajar menyebut ‘La ilaha ilallah’. Cintamu yang mencorakkan pemikiran kami, kata-kata kami, amalan kami. Panahan kilat yang beradu dalam awanmu berkemilau di gunung menyapu tanah pamah.”

Demikian cetusan dan gambaran ideal dengan nukilan indah dan tepat di lukiskan pujangga Iqbal mengenai wanita. Pada sebahagian nukilan lain, Iqbal menulis: “Sebahagian tubuh yang lampai berdada pipih berbaju ketat dengan kerling mata mempesonakan. Fikirannya gilang-gemilang dengan cahaya tamadun Barat, zahirnya berupa wanita, batinnya bukan wanita. Ia telah memusnahkan tali ikatan yang memelihara.”


Lantaran itu, lelaki harus perkasakan diri bagi menjunjung syariat dengan ilmu dan hikmah untuk memayungi wanita daripada segala tohmahan dan fitnah atau menegakkan wanita daripada jatuh terkulai dan meluruskan bengkoknya daripada bercakaran.

Dengan segala kelemahan, sebenarnya wanita perlukan pimpinan dan bimbingan, namun sesuatu kepemimpinan tidak mungkin sempurna tanpa wanita.

Lelaki dan wanita dijadikan Allah SWT mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Islam membahagikan hak dan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita bersama- berganding bahu memikul amanah serta tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

P/s: Tym kemas meja mkn..trnmpk keratan akhbr ni yg dibuat pmbalut nsi lemak ttp contentnya sgt la xtrnilai…xsma dgn harga nsi lemak tu..ku koyakkan n simpan..ble nk cri dlm brita harian on9 pn da x wjud..ingt da kn type tp alhmdulillah jmpe blog sorang ukhtie ni (http://tarasakila.blogspot.com/2008/12/adakah-islam-mengongkong-wanita.html..so, dpt la cpy n paste..huhu, jmat masa=) hrp mndpt kbaekan ntuk kta semua insha Allah~

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s