H1N1 musibah @ peringatan?

Standard

Salam….baru2 ini negara digemparkan dengan berita berkenaan kes pertama H1N1 dilaporkan di Hosp Sug. Buloh….Mangsa, seorang pelajar 21 tahun merupakan mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi setelah pulang dari Newark, USA…Sememangnya berita ini amat mengejutkan semua pihak…


Pelbagai cara dilakukan untuk mengelakkan penularan wabak trsebut yang dikatakan kini sudah berada pada tahap pandemik ( Wabak Global)…Ada yang dikuarantin dan dilakukan pemeriksaan rapi sehingga seminggu, ada yang mewarwarkan perlu diadakan sekatan AP bagi pengimportan babi…ada pulak yang bersuara…xperlu hentikan import hanya fokus kepada penguatkuasaan ujian saringan flu a H1N1 di stap pintu masuk di lapangan terbang…

Puas saya fkir….knapela bnde2 cmni bley jadik? Bukan ke namenye pun selsema babi nape bley hinggap kt manusia plak kn? Time tu ramai la yg mengajak kite kembali kpd firman Allah…

Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” (Al-Baqarah, 173)

Subhanallah, mungkin sbelum ni ayat ini hanya dijadikan hafalan untuk menjawab ujian Fardhu Ain je tp ble direnung kembali ayat ni dgn keadaan yang berlaku sekarang amatlah terbukti bahawa Al-Quran melangkaui zaman…Allah terlebih dahulu memberi peringatan sebelum adenye penemuan2 drp saintis kini…

Dalam menangani isu2 sebegini golongan penda’wah perlu bijak dalam memberi penjelasan tentang kaitan ayat2 sebegini dengan isu semasa dan apa hikmah terkandung di sebaliknya…Bukannya hanya sekadar melaung2kan ini haram ini tidak tetapi perlu digarapi dengan ilmu sains dan semasa…

Alhamdulillah, sedikit sebanyak persoalan ini trjawab apbila sy menonton Halaqah di TV9 (21/05/2009)…Mungkin bg sesiapa yang tidak berpeluang untuk menonton bley melayari TV9 secara online….Perbincangan mereka betul2 menarik minat sy dengan kehadiran Ust Farid dan Dr. Danial..

Yang paling menarik apabila Dr. Danial memberikan penjelasan apakah ituinfluenza a H1N1 dan implikasinya…Sebenarnye ada beza di antara selsema biasa dengan flu atau dikenali sbg influenza…Simptom hampir serupa ttp puncanya berbeza…Ada sebab mengapa WHO menukar istilah daripada selsema babi kepada influenza A H1N1…Ini kerana selsema babi bermaksud selsema itu hanya merebak di kalangan kelompok babi je tp bile sebut influenza dye menjangkiti semua sama ada manusia ke babi ke burung ke semua sama…

Dikatakan babi mempunyai keupayaan sebagai the Mixing Vector. Waktu belajar microbiology ad belajar pasal vector ni…vector ni maksudnye pembawa (Carrier)…Semua virus2 drp jenis2 yg berbeza bley diangkut oleh babi…Berlakulah pencampuran kesemua virus ini…Di rongga lehernye la tpt proses perubahan (alteration) virus tu brlaku shingga trciptanye virus baru yg pelik2…

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika….Tambahnye lagi virus Influenza A H1N1 yg ada sekarang adalah adptasi drp virus yg melanda pd thn tersebut…Maknenye sgt berkemungkinan peristiwa yg sama boley berulang…Harap Allah dpt menyelamatkan kita drp wabak ini…

Diselitkan juga dgn pandangan tokoh perubatan cina spt berikut:Sebuah jurnal Kesihatan China yang amat terkenal suatu ketika dulu iaitu Yum Show Tan, iaitu satu jurnal tentang kepanjangan usia ada menyebut, ” Di saat kematian, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melankan daging babi. Jangan makan daging babi.” [source: What Is Islam, Hj.Ibrahim Ma, PERKIM, KL hal 8]

  • Pada zaman Dinasti Tang ada seorang tabib yang amat terkenal bernama Sun See Mao. Beliau hidup sampai ke umur 100 tahun meengarang sebuah buku bernama Sheh Shen Lu (Catatan-catatan kesihatan). Di antara isinya ialah, “Daging babi merangsang penyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulang dan asma.”

  • Di zaman Dinasti Ming pula, ada seorang tabib bernama Lee Shih Ch’en. Beliau amat dihormati dan mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Materia Medica, dan tentang daging babi, beliau berkata, ” Ia boleh mendatang kesan yang bahaya.”

Sbg tmbahan, anda bley layari Tokeikedai Online Hyper Portal untuk mendapatkn maklumat tambahan spt sejarah, contoh2 penyakit, impak kpd dunia dan sbgnya…

Sy suke coretkan di sini meskipun maklumat ini tidak seberapa namun dihrap mampu mencelikkan mata kite spy kmbli kp ajaranNya dan terus meneroka khazanah ilmu Allah disamping cube memahami setiap bait2 kalamullah di dalam Quranul Karim, InsyaAllah…

Semoga tabah menempuh mehnah dan maintain sbg Daie yg dinamik gitu…wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s