Cikgu rumah kami da roboh…

Standard

Di sini ingin ana coretkan renteten daripada aktiviti-aktiviti yang ana lakukan sebelum ini. Semenjak daripada sem1 lg, kami mula jatuh cinta kpd sebuah perkampungan yg dikenali sbg Kg. Lokub. Byk kisah suka ana dan sahabat sepanjng kami mengenali perkampungan ini…Berbekalkan sedikit pengalaman dan ilmu yg ada kami menjadi tenaga pengajar bagi anak-anak kampung yg begitu dahagakan ilmu…

Desakan hidup dan persekitaran tidak membuka ruang bg anak2 ini ntuk menimba ilmu dgn sebaiknya…Satu2nya sekolah yg mereka kenali adalah sekolah yang sebenarnya kelas Iqra’ dan solat yg ana dan sahabat2 handle. Sedih melihat anak2 ini terbiar tanpa dicorakkan haluan kepada mereka tentang erti nilai kehidupan yg sebenar. Anak-anak inilah sebenarnya yg kami harapkan menjadi wasilah kepada kelahiran generasai yg celik mengenal agama Allah dan diharap generasi ini dapat menamatkan episod2 gelap dan kelam di dalam generasi sebelumnya supaya akan tercoraklah generasi yang hatinya dipenuhi dengan nur yg dilimpahi hidayah Allah SWT..

Sepanjang kami mengajar, anak2 ini betul2 manunjukkan smangat yg tinggi dlm menuntut ilmu…Mereka tidak jemu ntuk mendengar prcakapan kami…Gelak tawa mereka bisa menghiburkan hati yg lara…Ada di kalangan mereka datang mengendong adek di dakapan dek kerana mengalih tugas ibu yang saban hari mencari sesuap rezeki…Setiap kali kami bertandang ke sana, sambutan yg diberikan lebey hebat drp Mawi mahupun Siti Nurhaliza…” Ye,ye cikgu datang”..dari jauh lagi kelibat mereka datang untuk menyambut kami…Tatkala berangkat pulang, mereka akan terus memberikan lambaian dengan ukiran senyuman girang di bibir yg memberikan semangat kepada kami untuk kembali mengajar pd minggu berikutnya….

Suatu hari….” Cikgu, rumah kami da roboh, mereka nak bina bangunan, nanti dalam masa dua minggu kami kena kosongkan tempat ini”, ” Cikgu, kami takde tmpt tinggl, mungkin kami kena masuk hutan lps ni”…Terasa detak jantung kami seolah-olah terhenti…Baru shj kami mencanangkn berbagai perncangan bg sesi pengajaran semester dpn..Tidak disangka2 rupanya setakat inilah sahaja tugasan kami sbg pndidik…Berat kaki ana ntuk melangkah masuk dan berat bibir ana ntuk berbicara begitu juga sahabat lain kerana kesedihan kami…Paling menyedihkan kami tdk pasti adakah ilmu cetek yg kami bagi mampu mengenalkan mereka dgn Maha Pencipta…

Ada di antara mereka menghampiri baligh tapi belum pernah solat kerana tidak mendapat pndidikan daripada kedua orang tua dan jg krn tiada tpt ntuk mereka jadikan rjukan…Kelas solat yg kami adakan sgt trbatas waktunya…Byk yg kami ingin ajarkan kpd adik2 ini tp keterbatasan waktu membatasinya…Ana terfikir sepeninggalan mereka, siapa akan menjadi rujukan mereka nanti…Apa yg akan menjdi pndorong bagi mereka menyambung nadi kehidupan…

Sebenarnya ada bbrp persoalan yg ingin ana keutarakan di sini sebgai isu berbangkit di dalam coretan ini…Pertamanya, mengapa taraf status kewarganegaraan mesti dimonopoli oleh phk trtntu?..Kedua, mengapa wujud benteng di antara saudara semuslim? dan ketiga di mana peranan kita dalam membela saudara semuslim yg tertindas?

Berhubung persoalan pertama:

Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dgn cdngan ntuk membanteras Pendatang Tanpa Izin (PTI), dengan usaha kerajaan bagi memulihkan ekonomi dan sosial warganegaranya…Apakah sebenarnya kriteria yg menjadikan sesorang itu dilabel sbg PTI? Ana tdk melihat adik2 ini merupakan PTI, krn mereka tlh brmastautin di negara ini sebelum pembentukan Malaysia dan sebelum Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dlm Malaysia pd 16 September 1963. Mereka sebenarnya merupakan penduduk tetap di kawasan mereka tetapi apabilah garis2 sempadan ini diwujudkan, mereka dilabel sbg pendatang mskipun bermukim di kwsn mereka sndri… Mengapa harus ada pihak yg mengambil kesempatan di dalam situasi ini memonopoli semata-mata krn kepentingan trtentu? taraf warganergara, passport, visa dan sebaginya merupakan salah satu usaha mewujudkan benteng persaudaraan di atas nama nasionalisme .

Berhubung persoalan kedua:

Jika di Pelestina dirampas tanah mereka oleh Zionist maka bukankah mereka ini tidak senasib dengan adik2 ini…Apakah kita menjadi penindas trhadap saudara semuslim kita sendiri…Bukankah Islam mengutamakan nilai persaudaraan…bukankah faktor itu yg membawa kepada pengislaman berjuta-juta umat Islam sama ada yang terdapat pada hari ini mahupun di zaman Rasulullah dan Tabi’in. Sedih melihat ummat yg berpecah ttp dipecahbelahkan lg dgn pemimpin yg konon mampu menyelesaikan maslahat ummat dengan visi dan misi yg dikendong berbakul2…Paling basic , rujuk semula Al-Quran dan As-Sunnah yg menjadi intipati kepada sumber penyelesaian maslahah…Rasulullah mendamaikan puak suku kaum Aus dan Khazraj…Kenapa? Kerana baginda melihat persaudaraan boleh menjadi benteng yang kukuh bagi sebuah negara yang mana lebih kukuh daripada benteng besi atau konkrit yang dibina oleh manusia. Kita lihat bagaimana persaudaraan itu mampu menjadi driving forces bagi umat Islam pada waktu itu ntuk hidup di dalam keadaan yg aman, harmoni dan penuh toleransi ttp dalam pada masa yg sama mampu membangun dari aspek politik,sosial dan ekonomi…Malah Allah juga berfirman yang mafhumnya; Sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara… menjadi satu dalil yg tidakn akn mungkin mampu disangkal oleh pemikiran cetek makhluk ciptaanNya…

Berhubung persoalan ketiga:

Di mana peranan kita? masih khayal dengan nikmat yg kita kecapi sehinggakan kita boleh meminggirkan persoalan penting ini…Kadang2 kita sentiasa bersikap selfish apabila sesuatu perkara itu memerlukan kita tmpil ntuk menyuarakan kebenaran…Seperti mana reaksi seorang ulama’ trdahulu bilamana diajukan soalan oleh seorang sultan; ”Mengapa umat Islam itu dahulunya hebat dan umat Islam berada di atas tetapi kenapa umat Islam yg ada hari ini lemah dan mundur”, Dijawab oleh ulama’ itu di dalam suratnya kepada baginda sultan ”Bukan urusanku”. Sultan memanggil ulama’ trsebut krn tdk brpuas hati di atas jawapan yg diberikan. Lalu, ulama’ itu menerangkan, ” Kelemahan umat Islam hari ini adalah kerana sikap mereka yg tidak peduli (Bukan urusanku) di ats permasalahan ummat”. Lalu, sultan memohon maaf kpd ulama’ trsebut di ata slah tafsirannya tadi… Di sini kita dpt melihat kebenaran sabda Baginda Rasulullah SAW semasa hayat baginda…”Tidak ada satu perkara yg aku takuti daripada ummat akhir zaman ini iaitu dihinggapi penyakit wahan, cintakan dunia takutkan mati…nauzubillah, semoga kita tdk trgolong di dlm kelompok ini… Akhirnya, apa yang dihighlight di sini bukanlah ntu menuding jari kpd mana2 phk ttp skdr mencelikkan mata kita di atas satu persoalan yg bhrhung isu sejagt dan isu kemanusiaan amnya dan isu persaudaraan semuslim khusunya…Wallahu a’lam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s