HADITH 1~NIAT~

Standard

HADITH 1/40 IMAM NAWAWI

hadith01arabic

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa(niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. - Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.


Latar Belakang hadis:

Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.

Intipati:

  • Setiap amal perbuatan dimulakan dengan niat.
  • Niat membezakan perbuatan ibadah dengan amalan biasa.
  • Semua perkara menjadi ibadah dengan asbab niat yang betul LiLlahi Taala
  • Niat dalam perkara ibadah; hukumnnya wajib
  • Hukum niat: wajib
  • Hukum lafaz: sunat
  • Masa niat: Ketika hendak memulakan ibadat
  • Cara niat: ikut jenis-jenis ibadat yang dilakukan
  • Syarat niat 1) Muslim

2) Mumayyiz

  • Maksud niat: membezakan amalan/ perbuatan ibadat
  • Terdapat 2 jenis hijrah:

1) Hijrah di zaman Rsululullah (Mekah-  Madinah)

2)  Hijrah daripda amal buruk kepada baik dan baik kepada lebih baik

  • 3 golongan yang msuk neraka:

1) Orang yang berilmu

2) Orang yang berkorban untuk agama

3) Orang yang sangat kaya

~Ketiga-tiga golongan ini dilemparkan ke dalam neraka kerana niat bukan kerana Allah~

  • Amalan yang disertai dengan niat ada 3 macam:

1) Amalan yang dilakukan semata-mata kerana takut kepada Allah

-dikenali sebagai ibadah hamba (dibelenggu perhambaan)

2) Amalan yang dilakukan semata-mata kerana mengharapkan rahmat&balasan daripada Allah

-dikenali sebagai ibadah sang pendagang (membuat sesuatu hanya kerana mahukan keuntungan)

3) Amalan yang dilakukan semata-mata kerana ubudiyyahnya terhadap Allah (Membesarkan keesaan Allah)

-dikenali sebagi ibadah orang yang merdeka ( Melakukan sesuatu dengan mengilahkan Allah dengan melahirkan ubudiyyah semata-mata keran kasih dan sayangnya kepada Allah

  • Riya’ dalam amalan:

1) Membuat amal sematA-mata kerana ingin menunjuk di khalayak ramai

2) Membuat amal semata-mata kerana Allah tapi menunjukkan kepada umum sebagi memberi ransangan kepada orang lain supaya melakukan amal kebajikan sepertinya

About these ads

2 responses »

  1. asslmualaikm
    nisa’, elok jgk klu nisa’ tambah explaination psl niat tu. kan niat trdiri daripada qasad n iradah. so,blh la explain lbh skt apa qasad n apa iradah tu..juz suggestion

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s